Wednesday, 27 May 2015

BERMULA KEMBALI

Assalamualaikum & salam sejahtera
Hari ini, bermula kembali fasa coretan yang ingin aku tulis di dalam blog ini.
Setelah sekian lama aku meninggalkan laman blog ini, kini aku kembali untuk meluahkan isi hati dan perjalanan hidup aku yang penuh dengan ujian dan berliku.

28/05/2015 - KHAMIS
Hari yang cukup indah bagi orang lain tetapi tidak aku.
Sudah hampir 2 tahun aku meninggalkan alam pembelajaran yang aku rasa ada suka dan duka.
Hidup aku penuh cabaran, dari seorang yang pendiam kepada seorang yang aktif dalam bersuara.
Dari dulu lagi aku diuji dengan sifat yang agak lembut, aku tiada teman yg namanya 'SAHABAT'.
Yang ada hanyalah teman yg dianggap 'KAWAN". Sahabat adalah seseorang yang sentiasa ada bersama-sama kita, manakala kawan adalah seseorang yang kita boleh anggap bila kita senang mereka akan rapat dan bila susah mereka akan tinggalkan kita.

Kehidupan sebagai aku penuh ranjau, aku sentiasa dicemuh dengan sifat peribadi aku.
Untuk aku luahkan kepada yang lain, aku rasa tidak patut.
Aku mengambil keputusan untuk meluahkan di blog ini.
Ini adalah luahan hatiku.

Pengalaman semasa belajar mendorong aku agar menjadi lebih baik.
Tetapi kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesalahan.
Pada tahun 2013 aku dipulaukan oleh segelintir kawan-kawanku akibat daripada satu perkara yang aku tidak boleh nyatakan disini.
Pelbagai cemuhan yang dilemparkan kepada aku.
Aku dicemuh didalam facebook, bukan salah aku, tetapi apakan daya mulut manusia tidak boleh ditutup.
Mereka sentiasa memandang serong terhadap aku. Aku tiada kekuatan semangat pada masa itu.
Sehinggalah tamat semester sekaligus tamat pembelajaranku di Universiti, keadaan sama sahaja seperti sebelum itu.
Aku biarkan ia berlalu, aku tahu mereka akan lupakan sedikit demi sedikit.

Sehinggalah di alam pekerjaan keadaan sama berulang.
Disebabkan perkara kecil, aku tidak sengaja untuk ungkapkan perkataan tidak elok kepada seorang hamba Allah kerana pada masa itu aku terlalu marah.
Aku sudah meminta maaf diatas kesilapan aku, tetapi hamba Allah tersebut menjaja cerita tentang aku kepada orang lain.
Adakah dengan menjaja cerita yang buruk pasal aku, boleh menyelesaikan masalah tersebut.
Malah hubungan sesama kami semakin renggang dan orang lain memandang rendah kepada diriku akibat cerita yang dilemparkan.

Adakah aku memang sentiasa akan dipandang rendah tidak kira keadaan aku bagaimanasekalipun.
Itu aku tidak dapat menjawabnya.

Aku berasa kecewa yang teramat, sehingga pada masa sekarang sentiasa berdiam diri bagi mengelak masalah sesama manusia.

Sampai disini sahaja coretan yang dapat aku tulis pada hari ini.
Semoga aku dapat menjalani kehidupanku yang akan datang dengan tenang dan bahagia.
Amin.



No comments:

Post a Comment